Friday, January 17, 2014

TEORI BIG BANG TELAH DIJELASKAN DALAM AL-QUR'AN



Alam Semesta mempunyai permulaanya. Dalam surah Al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata :

Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu  yang hidup"

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara yang penting . Pertama, mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara keduanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali.

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu ratqa  danfataq.  Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.

Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, " Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu lahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini"


Al-Quran dan Teori Big Bang

Al-Quran dan intipatinya termasuk surah Al-Anbiyak ini telah diturunkan lebih 1400 tahun lamanya. Sedarkah kita pada masa itu dalam surah ini menceritakan satu fakta sains yang amat hebat iaitu mengenai asalnya kejadian alam semesta ini? Para saintis barat  pada tahun 1915 baru sahaja menemukan teori kejadian alam semesta melalui teori yang mereka panggil sebagai Big Bang.

Teori ini pada asalnya dicadangkan berasaskan formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein.  Kemudian seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, mengembangkan lagi teori ini dan dengan itu mengukuhkan lagi teori Big Bang ini. Teori Big Bang ini mengatakan bahawa :

Alam semesta pada asalnya adalah satu titik yang sangat panas dan padat yang kemudiannya mengembang dengan sangat cepat dalam satu letupan yang dipanggil sebagai Big Bang. Pengembangan ini menyebabkan alam semesta menyejuk dan seterusnya menjadikan alam yang ada sekarang ini yang sentiasa mengembang. Dianggarkan ianya terjadi pada 13.75 billion tahun yang lalu.
Apabila diamati bahawa teori Big Bang yang baru diperkenalkan ini amatlah menyerupai maksudnya dengan surah Al-Anbiyak ayat 30 yang diturunkan lebih dari 1400 tahun yang lalu.. Walhal pada zaman Nabi tersebut belum ada pengetahuan kosmologi atau alat2 yang canggih untuk mengkaji alam ini. Di dalam ayat tersebut mengatakan alam yang bermula dari satu titik yang padu itu kemudian dipisahkan lalu mengembang menjadi kejadian langit dan bumi yang mengembang dan  diciptakan secara beransur2 seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Furqaan ayat 59 :

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahmaan (Tuhan yang yang Maha Pemurah); maka bertanyalah  akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya
- Tafsir pimpinan Ar-Rahman

Ayat ini mengatakan bahawa alam semesta ini Allah telah jadikan secara beransur-ansur secara teratur dan tersusun supaya menjadi cantik dan sesuai didiami sebelum khalifah yang pertama iaitu Nabi Adam dihantar ke bumi.  Ini disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 29 :

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu
-Tafsir pimpinan Ar-Rahman


Para Saintis Mengesahkan Kenyataan Al-Quran adalah Benar

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika Syarikat, Edwin Hubble, menemui bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan yang canggih, beliau mendapati bahawa alam ini sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh sesuatu galaksi , semakin laju ianya bergerak menjauhi kita lalu menghasilkan sinaran red shift. Manakala galaksi lain yang berdekatan dengan kita (seperti galaksi Andromeda) pula didapati  bergerak semakin menghampiri galaksi kita iaitu Bima Sakti, lalu menghasilkan sinaran blue shift. Dari pemahaman ini, dapat rumuskan bahawa alam semesta yang sedang mengembang dengan sekata ini sudah tentunya berasal dari satu titik, iaitu titik di mana Big Bang berlaku pada 13 bilion tahun yang lampau.



Oleh sebab ini, kenyataan di dalam Al-Quran melalui surah Al-Anbiyak yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu yang menyatakan penjelasan mengenai kelahiran alam semesta adalah amat saintifik. Disebabkan oleh ayat ini, ramai para saintis telah memeluk Islam.

Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner. Beliau adalah seorang professor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di Johannes Gutenberg University di Jerman. Beliau berkata, "Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih" 


Beliau menambah, " Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan Quran secara dasarnya adalah benar.  Hal ini dilaporkan di dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding  Publications, edisi kedua, Mei 1990.

sumber:http://www.astromas.org/


EmoticonEmoticon